fbpx

Santan Mana Pilihan Anda? 5 Jenama Terbaik di Malaysia!

iCookAsia

This may contain: the coconut is being dropped into the milk

Hari Raya merupakan masa untuk berkumpul bersama keluarga, dan tentunya, makanan yang sedap akan dihidangkan! Santan memainkan peranan penting dalam banyak kuih tradisional atau dipanggil sebagai pencuci mulut di Malaysia. Tetapi banyak jenama santan yang berada di pasaran sekarang, pasti ramai yang keliru atau bingung untuk memilih yang santan yang tepat.

Jangan risau! Kami telah membantu korang semua dengan menyenaraikan 5 jenama santan terbaik di Malaysia untuk membantu korang menyediakan hidangan yang lazat dan kuih yang enak pada Hari Raya dan open house sepanjang musim perayaan ini!

This may contain: a carton of coconut milk on a white background

  1. Santan Ayam Brand (Link)

Santan Ayam Brand adalah pilihan yang dipercayai oleh banyak tukang masak rumah mahupun di merata kedai makan. Mereka menawarkan  santan jenama ini dengan rasa santannya yang berlemak.. Santan mereka dirawat UHT untuk jangka hayat yang panjang dan bebas dari pengawet, pewarna, dan perisa.

  1. Santan Kelapa Kara (Link)

Kara adalah jenama yang popular  dari Indonesia dengan santan kelapa yang kaya dan sangat berkrim. Ia sempurna untuk hidangan yang memerlukan rasa kelapa yang kuat, seperti kari dan laksa. Mereka menawarkan pelbagai saiz, menjadikannya mudah untuk kuantiti yang tepat untuk resepi anda.

  1. Santan Kelapa M&S (Link)

M&S menawarkan santan kelapa yang berkualiti tinggi dan diproses secara higienis. Mereka menggunakan kelapa coklat matang terpilih untuk rasa yang segar dan penuh. Mereka juga mempunyai pilihan lemak kurang untuk mereka yang memantau pengambilan kalori mereka.

      4. Santan Kelapa Saji (Link)

Jenama santan kotak ini tidak lagi diragui dengan rasa santan sebenar yang berlemak dan sesuai digunakan untuk semua jenis masakan. Aroma santan yang segar serta bebas dari bahan pengawet dan penambah perisa cukup untuk menjadikannya antara jenama santan kotak yang diminati ramai.

5. Santan Kelapa Adabi (Link)

Santan kotak ini diproses segar dengan kualiti sesuai bagi mereka yang ingin menggunakannya untuk masakan kari, nasi lemak dan pelbagai manisan.

 

Tips Memilih Santan Kelapa

Kandungan Lemak: Pertimbangkan kandungan lemak semasa memilih santan. Santan penuh lemak adalah ideal untuk kari yang kaya dan pencuci mulut, manakala pilihan lemak kurang lebih baik untuk hidangan yang lebih ringan.

Kesegaran: Cari jenama yang menggunakan kelapa segar dan menawarkan rawatan UHT untuk jangka hayat yang lebih panjang.

Pembungkusan: Pilih saiz pembungkusan yang mudah yang sesuai dengan keperluan resepi anda.

Dengan panduan ini dan jenama-jenama yang disenaraikan di atas, anda sudah tahu mana satu pilihan anda  untuk menyediakan hidangan Hari Raya yang sedap dan menyelerakan yang akan membuat keluarga dan tetamu anda terngiang-ngiang dengan masakan anda!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x