Kuala Lumpur, 9 Mac 2024 – SAJI Malaysia dengan bangga melancarkan Majlis Pelancaran Label Baharu Minyak Masak SAJI. Majlis ini diadakan pada 9 Mac 2024 bertempat di AEON Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur dari jam 1:30 petam hingga 4:00 petang. Kini, SAJI Malaysia dengan penuh semangat memperkenalkan label terbaru mereka yang turut memaparkan Logo MSPO yang dikagumi.
Tan Sri Rastam Mohd Isa akan menyampaikan ucapannya, di mana kita pasti akan mendapat wawasan menarik mengenai perubahan yang akan dilaksanakan. Ini bukan sahaja tentang minyak masak, tetapi juga tentang membawa kita ke arah penggunaan yang lebih berkesan dan berguna kepada alam sekitar.
Tidak ketinggalan, majlis ini turut akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Johari Abdul Ghani, merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi yang pastinya akan menambah kemeriahan dan penghargaan terhadap majlis ini.
Ada pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan pada majlis tersebut. Antara yang menarik adalah lawatan VVIP ke tapak jualan dan promosi untuk mencuba produk-produk SAJI, serta cooking demo daripada Chef Asma yang pastinya menggunakan produk SAJI.
Dan yang paling dinantikan, di akhir majlis, SAJI menyediakan makanan hasil daripada cooking demo tersebut untuk semua tetamu yang hadir! Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk merasa sendiri kelezatan hidangan tersebut.
Untuk pengiklanan produk makanan anda, sila hubungi:
Nama: Aqilah Sanadi
Telefon: 010-4418825
Emel: hello@icookasia.my