fbpx

Resipi Dendeng: Membangkitkan Selera Makan!

iCookAsia
Pasti ramai peminat Dendeng dekat sini kan?  Jom cuba Resepi Dendeng Bersantan dari SAJI. Rugi tau kalau tak cuba 🤤
Bahan-bahan:
  • 1kg daging, dipotong 6
  • Air untuk merebus
  • 3⁄4 cawan Kicap Lemak Manis SAJI
  • 1⁄2 cawan Minyak Masak SAJI
  • 2 labu bawang besar, dihiris
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1⁄2 cawan Krim Kelapa Pekat SAJI
  • 2-3 sudu besar kicap pekat
  • 20 biji bawang merah, digoreng garing & ditumbuk
  • 1-2 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil gula
  • Garam Gunung Himalaya SAJI secukup rasa
Bahan Kisar:
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara Membuat:
1. Rebus daging sehingga empuk. Toskan dan simpan air rebusan. Hiris daging anggaran 1⁄2 cm, tumbuk sehingga nipis.
2. Gaulkan daging dengan Kicap Lemak Manis SAJI. Biar 30 minit.
3. Panaskan 3 sudu besar Minyak Masak SAJI, goreng bawang besar. Bila bawang besar keperangan, angkat dan kisar dengan air.
4. Panaskan baki minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan bawang besar kisar dan cili kisar, masak sehingga terbit minyak.
5. Tambah air rebusan, Krim Kelapa Pekat SAJI, kicap pekat, bawang goreng, cuka, gula dan Garam Gunung Himalaya SAJI.
6. Apabila terbit minyak, masukkan daging dan kacau rata. Masak lagi sehingga pekat.
Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!
Untuk membeli barangan SAJI : Kedai FGV
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x