fbpx

Nikmati kelembutan dalam setiap gigitan Roti Loaf Pelangi

iCookAsia

Roti Loaf Pelangi merupakan satu menu atau hidangan yang meriah dengan warnanya seperti pelangi yang pastinya menarik minat ramai orang untuk mencuba!😍 Dengan kelembutan daripada roti membuatkan ia menambahkan lagi kenikmatan dalam setiap gigitan

Bahan-bahan:

500 gm Tepung gandum
11 gm Yis kering
70 gm Gula kastor
2 sb Susu tepung
30 gm Pelembut roti
260 gm Air suam
80 gm Marjerin SERI PELANGI
Sedikit garam

 

Cara membuat:

  1. Masukan semua bahan kecuali air 
  2. Gaul sebati dan masukan air dan uli selama 20 minit
  3. Warnakan doh kepada 5 warna pelangi dan rehatkan setiap doh selama 10 minit.
  4. Buang angin dan bulatkan doh. 
  5. Rehatkan doh yang telah dibentuk tadi selama 30 minit.
  6. Bakar pada suhu 220’c 35 – 40 minit

Untuk membeli produk Seri Pelangi: https://shope.ee/8Ulbq3EpTl

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x