fbpx

Nak buat biskut tapi takde oven? Tak jadi masalah la…

iCookAsia

 

Min ada terjumpa tips daripada orang dulu-dulu iaitu cara nak bakar biskut tanpa menggunakan oven. Ha macam mana tu? Mesti korang tergaru-garu kepala memikirkannya 🤭 Min pun baru tahu hehe

Min terbaca perkongsian daripada Makchu Noor ni dia cakap ada cara lain kalau kat rumah korang takde oven tapi teringin sangat nak buat biskut raya ke apa ke. Caranya guna kuali ke gais. Hebat kan? Jom kita tengok macam mana caranya.

CARA BAKAR BISKUT GUNA KUALI

  1. Sediakan kuali tebal untuk mengelakkan kuali hangit dan besi jaring di dalamnya, kemudian letakkan di atas dapur gas.
  2. Sekiranya kuali anda nipis, letakkan pasir di dalam kuali dan bahagian bawah besi jaring tersebut.
  3. Kemudian, di atas besi jaring pula gunakan loyang atau penutup periuk sebagai pelapik untuk menyusun adunan biskut di atasnya.
  4. Setelah itu, tutup kuali dengan penutup dan tindihkan dengan pemberat seperti lesung batu sewaktu membakar kuih.

Ha mudah tak? Mana tahu boleh cuba lepas ni🤭Jangan lupa share dengan min tau jadi ke tak. 

Tempoh masa membakar atas dapur gas:

  • Proses membakar pula, panaskan kuali sekejap dan bakar biskut sekitar 20 minit pada permulaan
  • Pusingan membakar yang seterusnya pula, hanya 10 minit sahaja sudah memadai untuk biskut masak
  • Pastikan api kecil pada giliran akhir

Untuk dapatkan kuali tebal boleh tengok sini: https://shope.ee/9zXf6rsFTa

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x