fbpx

Kualiti Antarabangsa, Harga Lokal. Di Ladang’57, Semua Produk Gerenti Terjamin.

Kenapa nak cari ‘kuman’ di seberang laut, sedangkan ‘gajah’ ada di depan mata. Di bawah jenama Ladang’57, semua produk keluaran FGV Holdings Berhad (FGV) diusahakan petani tempatan dan kualitinya bukan calang-calang. Daripada nanas MD2, pisang Cavendish, beras wangi, ayam kampung dan Ready-To-Drink Juice, segalanya mengenai ketepatan masa dan manfaat yang ditawarkan kepada pengguna.

“Beras Malaysia pun ada kualitilah. Kurang kanji!”

Beras wangi Horeca keluaran Ladang’57 bergerak menerusi projek rintis integrasi tanaman padi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan menerusi program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB), penanaman padi dapat diusahakan selama tiga bulan atau kurang daripada 100 hari.

Dengan kemampuan, sumber daya dan teknologi FGV, beras wangi yang dihasilkan di Malaysia ini berkualiti tinggi, kurang kanji dan setanding dengan beras import dari Thailand. Secara tidak langsung meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pesawah dan membantu menawarkan beras wangi pada harga yang lebih murah kepada pengguna.

      

“Segarnya dapat minum jus nanas MD2, manis dan tak sakit lidah.”

Bukan sekadar beras wangi Horeca, nanas MD2 keluaran Ladang’57 juga antara yang terbaik yang diusahakan petani tempatan. Mempunyai rasa manis dan tidak lidas (rasa pedih atau gatal pada lidah), nanas MD2 mempunyai empat kali ganda Vitamin C berbanding nanas biasa dan mampu memperbaiki sistem penghadaman dan bersifat anti-kanser.

“Wajib pilih ayam tanpa antibiotik, lebih berkualiti dan pelihara kesihatan.”

Dan satu pertanyaan untuk difikirkan, selama menjadi pengguna, sejauh mana kita mengambil berat apa yang kita makan? Ayam kampung keluaran Ladang’57 yang diusahakan menerusi Program Pembangunan Peneroka (PPP) di bawah kelolaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ini bebas daripada sebarang antibiotik dan dipelihara secara semulajadi bagi memastikan kualiti daging yang dipasarkan terbaik.

Program ini turut membantu kitaran produksi yang lebih cepat dan ini secara langsung dapat membantu penternak dapat meningkatkan pendapatan dan kualiti kehidupan.

Jadi selain membekalkan ayam kampung tanpa antibiotik kepada pengguna, FGV turut membantu pemain kecil industri agrikultur meningkatkan hasil dan sumber pendapatan menerusi rangkaian produk berkualiti tinggi.

Jaga kesihatan, jaga perut. Pilih bahan-bahan segar jenama Ladang’57.

Bertepatan dengan kata-kata tokoh perubatan Islam, ‘Perut itu rumah penyakit’, jadi harus diingat setiap apa yang masuk ke dalam tubuh badan perlu dijaga kerana pemakanan merupakan sumber utama kepada kesihatan.

Hanya yang terbaik, disajikan dengan ketepatan masa dan kualiti agar pengguna dapat menikmati sepenuhnya manfaat daripada produk yang ditawarkan. Sokong produk Ladang’57 bermakna anda turut menyokong dan membantu perkembangan industri pertanian dan penternakan Malaysia.

Dan sungguh bagai dikata, cubaan kami mengolah resipi menggunakan bahan-bahan segar jenama Ladang’57 memang terbaik. Hasilnya cukup enak dan luar biasa.  Jom cuba di sini:

Resepi Nasi Mentega Bersama Ayam Masak Merah Bernanas: Link

Resepi Kek Keju Pisang: Link

Resepi Bebola Nasi dan Dendeng Ayam Kampung: Link

Untuk dapatkan produk Ladang’57, boleh layari: https://www.ladang57.com.my/ atau boleh dapatkan di MYDIN, AEONBIG, spr8love dan KedaiFGV.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x