fbpx

Baru lengkap raya kalau ada Tart Nenas!

iCookAsia
Bagi meriahkan sambutan Hari Raya nanti, pasti tidak lengkap tanpa kehadiran kuih raya. Jom cuba resepi Tart Nenas Tradisional yang pasti lembut dan lazat rasanya. Dengan menggunakan Marjerin SERI PELANGI, rasa harum dan kelazatan tart semakin bertambah!
Bahan-bahan untuk Tart :
  • 125 g Marjerin SERI PELANGI
  • 3 sudu besar Krimer Pekat Manis SAJI
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar Vanaspati ADELA
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/4 sudu kecil pewarna kuning lemon
Sapuan atas Tart :
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu air

Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga mendapat doh yang lembut.
2. Dengan mengunakan acuan tart, tekan sedikit doh tadi secara memanjang dan bulatkan inti nenas . Gulung kemas dan sapukan kuning telur.
3. Bakar tart pada suhu 160’c menggunakan oven api atas dan bawah selama 15 minit atau sehingga masak.
Selamat mencuba.
Untuk membeli barangan Seri Pelangi: Kedai FGV
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x