fbpx

Ayam Rendang untuk juadah rumah terbuka? Menu menarik!

iCookAsia
Wow resepi kali ini memang sesuai untuk juadah rumah terbuka untuk raya nanti tau. Ayam Rendang Cili Api yang pedas dan berlemak, siapa je tak suka kan šŸ¤¤ Makan pula dengan Nasi Carrot memang mantap dan sedap!
Untuk resepi Nasi CarrotĀ 
  • 1/2 ekor ayam (dipotong sederhana)
  • 1/2 tin Krimer Sejat Cair SAJI
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam keping
  • Garam Gunung Himalaya SAJI secukupnya
  • 1/2 sudu besar serbuk perasa ayam
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun kunyit (dihiris)
  • 3 helai daun Limau purut
  • 1 cawan Minyak Masak SAJI
Bahan Kisar:
  • Segenggam lada padi hijau
  • 3 batang lada merah
  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1.5 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit
  • 4 batang serai (diracik)

Cara membuat:
1. Panaskan Minyak Masak SAJI. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan, ayam, air, asam keping, serbuk perasa ayam, sedikit garam, daun kunyit, dan daun limau purut. Kacau rata. Biarkan ayam masak. Sesekali kacau.
3. Tuangkan Krimer Sejat Cair SAJI dan kerisik. Kacau rata dan biarkan mendidih lagi.
4. Bila rendang agak kering, taburkan baki daun kunyit. Kacau rata lagi.
5. ā Siap dihidang!
Untuk membeli produk SAJI: Kedai FGV
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x