fbpx

Jamuan Rumah Terbuka tak lengkap tanpa Nasi Beriani Daging

iCookAsia

Kepuasan tiada tandingan dengan setiap suapan nasi beriani yang lazat ini!😋 Raya kan sebulan!😆 Pasti ada yang nak buat jamuan rumah terbuka kan? Boleh la hidangkan menu nasi beriani daging yang sedap ni kepada tetamu!

Bahan-bahan
– 5 cawan beras basmathi
– Air
– 500g daging batang pinang
– 1/2 cawan bawang goreng
– 1/2 cawan sultanas
– Kulit kayu manis
– Bunga cengkih
– Bunga lawang
– 3 sudu besar minyak sapi
– Daun ketumbar
– Limau nipis
– 1 inci halia
– 5 ulas bawang putih
– 4 biji cili hijau
– 3 biji bawang kuning
– 1 cawan tomato puri
– 1 cawan susu cair
– 1 cawan yogurt
– 5 sudu besar garam masala
– 2 sudu besar air mawar
– Minyak

Cara membuat
1. Mula-mula panaskan minyak, tumiskan rempah ratus hingga naik bau
2. Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar dan minyak sapi, goreng sehingga bawang layu
3. Masukkan daging dan garam masala. Gaul rata dan masukkan sedikit garam. Gaul sebati
4. Masukkan daun ketumbar, tomato puri, susu cair dan yogurt. Kacau sebati
5. Masukkan beras basmathi ke dalam periuk bersama air secukupnya. Masakkan sehingga nasi separuh masak
6. Setelah daging empuk, masukkan cili hijau dan perahan limau nipis, masak sedikit lagi
7. Setelah masak, masukkan ke dalam nasi. Gaul rata dan masukkan air mawar
8. Masakkan sehingga nasi masak
9. Masukkan bawang goreng dan sultanas
10. Selamat mencuba!

#iCookAsia #nasiberiani #openhouses
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.com or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x