fbpx

Hidangan klasik Malaysia: Nasi Impit Kuah Kacang

iCookAsia

Nasi Impit Kuah Kacang adalah hidangan klasik Malaysia yang terdiri daripada nasi impit yang dipotong menjadi ketulan kecil. Kuah kacang yang sedap dan pedas akan dihidangkan bersama nasi impit sebagai kuah.😋

Bahan-bahan
– 3 paket nasi impit
– 2 cawan kacang tanah
– 10 biji cili kering
– 1 ulas bawang putih
– 3 ulas bawang merah
– 1 batang serai
– 1 cawan gula melaka
– 1 sudu besar asam jawa
– Minyak
– Garam

Cara membuat
1. Mula-mula rebuskan nasi impit sehingga masak
2. Panaskan minyak, gorengkan bawang merah, bawang putih serta cili kering sehingga bertukar warna
3. Gorengkan kacang tanah, setelah garing, kemudian kisarkan bahan gorengan tadi sehingga halus. Kisarkan juga kacang tanah
4. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan air, perahan asam jawa, garam, gula melaka dan serai.
5. Masak kuah sehingga mereneh dan pekat
6. Setelah nasi impit masak, angkat dan potongkan sebelum dihidang
7. Selamat mencuba!

#iCookAsia #nasiimpitkuahkacang #nasiimpit

—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.com or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x