fbpx

Dapatkan Rasa Kuah Kacang yang Authentic!

iCookAsia

Tak lengkap kalau tidak ada Kuah Kacang pada Hari Raya, bukan? Nak nak lagi kalau ada nasi impit atau pun sate. Jom cuba resepi confirm sedap menggunakan KEWPIE Creamy Spices Dressing ni 🤤

Bahan-bahan:
  • 1 kg kacang tanah (digoreng dan dikisar)
  • 5 biji cili kering (buang biji, rendam air panas dan kisar halus)
  • 20 gm gula Melaka
  • 100 gm KEWPIE Creamy Spices Dressing
  • Air
Bahan-bahan kisar:
  • 14 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai

Cara menyediakan:
1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
2. Goreng bahan kisar dalam sedikit minyak sehingga naik bau.
3. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan gula melaka, KEWPIE Creamy Spices Dressing.
6. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
Untuk mendapatkan barangan KEWPIE secara online: KEWPIE 
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x