fbpx

Bingka Kraker: Rangup & Mencair di Mulut!

iCookAsia
Sekarang kan masih dalam mood raya, pasti ramai yang berlumba-lumba nak buat rumah terbuka kan? Pasti banyak menu yang bakal menjadi hidangan pada hari tersebut.  Jom cuba buat Bingka Lapis Kraker ni.
Lagi puas hati hasilnya dengan menggunakan Marjerin SERI PELANGI.
Bahan-bahan:
  • 1 paket biskut kraker
  • 400 gm daging @ ayam cincang
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk rempah kurma
  • 2 sudu besar Sos Cili SAJI
  • 200 gm bawang besar holland – dipotong dadu
  • 200 ml air atau secukupnya
  • Garam
  • Gula pasir
  • 6 sudu besar Marjerin SERI PELANGI
Bahan Kisar (Untuk Tumis)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 tangkai cili kering – dibuang biji dan rendam air panas
  • 2 sm halia
Bahan Tumisan:
  • 100 ml Minyak Masak SAJI
  • 50 gm Marjerin SERI PELANGI
  • 10 helai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Bahan Topping
  • 1 tin Krimer Sejat Cair SAJI
  • 300 ml air
  • 6 biji telur gred A
  • 30 gm cheddar cheese – disagat halus
Bahan Hiasan:
  • Cili merah – dicincang halus
  • Daun sup – dicincang halus
  • Daun bawang – dicincang halus
  • Bawang goreng
  • Sos Cili SAJI
  • Mayonis

Cara Membuat:
1. Panaskan kuali, masukkan Minyak Masak SAJI. Masukkan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
2. Bancuh serbuk kari dan serbuk kurma dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Larutkan.
3. Masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga pecah minyak dan masak secukupnya.
4. Masukkan bawang besar holland.
5. Masukkan daging atau ayam cincang. Biarkan seketika sehingga masak.
6. Masukkan gula pasir dan Garam Gunung Putih Himalaya SAJI secukupnya.
7. Masukkan Sos Cili SAJI. Masak sehingga inti kering sedikit.
8. Biarkan minyak terbit.
Cara-Cara Membuat – Topping:
1. Pecahkan telur, kacau menggunakan whisk tangan. Masukkan Krimer Sejat Cair SAJI.
2. Masukkan air. Kacau sebati.
Cara-Cara Membuatnya:
1. Sapu loyang dengan menggunakan Marjerin SERI PELANGI.
2. Susun biskut kraker secara merapat. Sapukan inti yang telah siap dimasak.
3. Taburkan bahan hiasan iaitu daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang goreng.
4. Susun semula biskut kraker untuk lapisan kedua. Sapukan inti dan taburkan bahan hiasan.
5. Susun semula biskut kraker untuk lapisan ketiga atau terakhir. Sapukan inti.
6. Tuang topping yang telah dibancuh. Pastikan semua bahagian menutupi.
7. Panaskan Marjerin SERI PELANGI. Tuang ke atas lapisan pie kraker agar apabila masak lebih berkilat.
8. Taburkan bahan hiasan.
9. Bakar selama 150 c selama 35 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
10. Apabila sudah masak, hiaskan dengan mayonis dan Sos Cili SAJI.
11. Taburkan bahan hiasan dan cheddar cheese yang telah disagat.
Untuk mendapatkan barang SAJI dan SERI PELANGI secara online boleh klik sini: Kedai FGV
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x