Lupakan tepung segera kerana tepung bancuhan sendiri lebih enak dan rangup. Jika sebelum ini ramai yang hanya menggunakan tepung gandum dan serbuk kunyit untuk dijadikan salutan, apa kata cuba tip dan resipi yang dikongsikan Nurlyn Cookies ini.
Gunakan tepung naik sendiri untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan rangup. Sesuai digunakan untuk apa sahaja jenis gorengan yang disukai seperti pisang, cempedak, sotong atau udang.
Bahan :
Tepung naik sendiri
Secubit garam
Serbuk kunyit
1 sb Tepung beras
Air sejuk
Cara :
- Campurkan kek naik sendiri mengikut kuantiti yang sesuai dan perasakan dengan secubit garam dan serbuk kunyit.
- Kemudian tambah satu sudu tepung beras untuk memberi kerangupan. Bancuhkan semua bahan menggunakan air sejuk atau air tapis. Bancuhan tidak boleh terlalu cair, kena pekat supaya dapat menyaluti bahan. Goreng dengan minyak panas.
Kredit resipi & foto : Nurlyn Cookies