fbpx

Simple Tapi Sedap, Resepi Popia Sayur Dengan Sos Pencicah. Buat Untuk Frozen, Tinggal Goreng Sahaja

iCookAsia

Sedapnya Popia Sayur kan? Kalau buat untuk frozen lagi best, setiap kali rasa nak makan, ambil dan tinggal goreng sahaja. Crispy dan bertambah sedap dengan inti yang full dan cukup rasa. Memang kena cuba ni untuk berbuka nanti hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zur Ain Salim perkongsian resipi Popia Sayur Frozen ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Popia):

Bawang putih (tumbuk halus)

Kobis bulat (potong halus)

Carrot (potong halus)

Sengkuang (potong halus)

Lada sulah

Garam

Gula

Minyak untuk menumis

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak.
  2. Kemudian, tumiskan sekejap bawang putih.
  3. Masukkan sayur-sayur yang telah dipotong tadi.
  4. Masukkan lada sulah dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Akhir sekali, gaul sehingga rata.

Boleh sahaja nak masak sayur lama atau sekejap, kalau nak kekalkan kerangupan sayur tersebut, boleh masak sekejap sahaja.

Bahan B (Sos Pencicah):

1/2 senduk kecil cili kisar

4 ulas bawang putih (kisar)

gula

garam

1 cawan air

2/3 sudu tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air )

2 sudu makan cuka

1 keping gula melaka

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan air, cili kisar dan bawang putih. Masak hingga cili naik bau.
  2. Kemudian, masukkan gula melaka dan garam serta masak hingga mendidih.
  3. Apabila sudah agak pekat dan gula pun sudah hancur, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kemudian masukkan cuka.
  4. Akhir sekali, kecilkan api dan biarkan ia mendidih dalam api yang kecil.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zur Ain Salim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x