Sekarang kan tengah musim durian, kalau dah bosan makan durian jom kita cuba buat kuih pula. Tak manis sangat dan berlemak gitu resepi ini.
Terima kasih Yusnira Ahmad untuk perkongsian resipi Kuih Serimuka Durian ini 🙂
(Lapisan Bawah)
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut susu (rendamkan selama 1-2 jam)
2 cawan santan
1 sk garam
Cara memasak:
- Kukus pulut dalam 25 minit sehingga lembut.
- Gembur-gemburkan supaya masak sekata, kemudian tekan sehingga mampat dan padat.
(Lapisan atas)
Bahan-bahan:
1 cawan isi durian
1 ¾ cawan gula
1 biji telur gred A
2 cawan santan pekat
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung kastard
1 sb tepung beras
2-3 titis pewarna kuning
Secubit garam
Cara memasak:
- Blend semua bahan, kemudian panaskan dalam periuk sehingga sedikit likat.
- Tuangkan ke dalam loyang pulut tadi dan kukus sehingga masak.Â
- Tunggu sehingga sejuk baru potong.Â
Untuk pastikan anda mendapat hasil yang sekata, jangan lupa gunakan SHEFU 32cm 3 Tier Steamer.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Yusnira Ahmad (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos