SERI KAYA
Bahan-bahan yang diperlukan:
-
6 biji kuning telur
-
1 biji telur
-
150mlsantan pekat
-
1 mangkuk gula pasir
-
10 helai daun pandan
-
2 sudu besar tepung jagung
Cara menyediakannya:
1. Mula-mula didihkan air di dalam kuali untuk teknik double boiler
2. Kemudian campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati
3. Kemudian angkat periuk tersebut dan letakkan ke dalam kuali yang airnya sedang mendidih, perlahankan api dan kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat.
4. Angkat, sejukkan dan seri kaya sedia dimakan bersama roti.
5. Seri Kaya juga boleh dijadikan inti kuih pau. Selamat mencuba!