Memang mudah membuat Kuih Beko Kelantan ini namun kena pastikan bahan yang digunakan tepat agar dapat menghasilkan kuih yang cukup enak. Rahsianya kena menggunakan kelapa parut muda agar kuih terasa lebih lemak manis dan cukup lembut.
Terima kasih Nor Azliza Mohamed atas perkongsian resipi yang cukup menarik. Kuih ini dibakar menggunakan ketuhar dan adunan diletakkan di dalam muffin tray. Cubalah.
Bahan :
3 cawan Kelapa muda parut
2 cawan Tepung pulut
1/2 cawan Gula
1 biji Telur
1 cawan air @ secukupnya
Secubit Garam
Sedikit Minyak masak – untuk sapuan pada acuan
Cara :
- Campurkan semua bahan kecuali minyak dan kacau sebati.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit dan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
- Panaskan ketuhar pada suhu 200c dan oleskan minyak dalam acuan dan sudukan adunan.
- Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sehingga sedikit keperangan.
Kredit resipi & foto : Nor Azliza Mohamed
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/