Tak lengkap hidangan kalau tiada sayur, betul tak? Lebih-lebih lagi buat penggemar sayur, wajib ada. Seperti hidangan Kerabu. Rata-rata, memang penggemar sayur sahaja yang makan kerabu ini.
Kerabu, sepertimana yang kita tahu ianya adalah campuran pelbagai sayur-sayuran. Seperti Kerabu Pucuk Paku Kerang ini. Campuran tiga bahan utama. Haa, terliur pula. Kalau anda belum pernah cuba hidangan Kerabu ini, boleh mula berjinak makan dengan resepi ini dulu.
Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Kerabu Pucuk Paku Kerang ini 🙂
Bahan-bahan:
250g taugeh
500g isi kerang
1 ikat pucuk paku (dicelur)
Belacan bakar (ditumbuk)
2 tangkai cili merah (ditumbuk)
6 tangkai cili padi (ditumbuk)
2 biji limau nipis
1 ulas bawang besar (dihiris)
2 sudu besar kerisik
Garam
Secukup rasa
Cara membuat:
- Masukkan pucuk paku, tauge, kerang, kerisik, bahan-bahan hiris dan bahan-bahan tumbuk ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
- Perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan secukup rasa.
- Sedia untuk dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/