fbpx

Sedapnya Terung Berinti Dengan Sambal Kicap. Merecik.

iCookAsia

Resipi Terung Berinti yang dikongsikan Ita Nitaly ini diperoleh daripada perkongsian di Facebook dan dikongsikan kembali buat manfaat bersama. Malah disertakan langkah demi langkah bagi memudahkan penyediaan masakan.

Terung berinti ini cukup enak dipadankan dengan sambal cili kicap, memang berpeluh makan tapi mulut tak berhenti mengunyah.

 

Bahan :

Terung

Isi ayam – potong dadu

Lobak merah – potong dadu

Daun bawang – hiris

Bawang – potong dadu

2 biji Telur

Tepung bestari

 

Cara :

  1. Potong terung dan lubangkan bahagian tengah.
  2. Isi yang dilubangkan dipotong dadu dan masak bersama lobak merah, daun bawang, bawang dan isi ayam.
  3. Kemudian masukkan dua biji telur. Perasakan dengan perasa dan masukkan tiga sudu besar tepung bestari pedas. Gaul sebati.
  4. Letakkan terung yang dilubangkan di atas pan dan masukkan inti di tengahnya. Masak menggunakan api kecil.
  5. Masak sehingga garing dan sedia dimakan bersama sambal kicap.

Kredit resipi & foto : Ita Nitaly

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x