Pergi restoran makan Ikan Bakar dicicah dengan air asam, fuh memang padu betul rasanya. Nak lagi best dan puas hati, kena buat sendiri. Boleh control dan adjust rasa mengikut selera sendiri. Boleh jadikan lagi pedas dan manis, perfect rasanya.
Jom try.
Terima kasih Rozmaliza Omar untuk perkongsian resipi Ikan Bakar ini 🙂
Bahan- bahan:
Ikan cencaru atau ikan siakap dibelah belakang
5-6 sudu besar pes asam jawa
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar tepung jagung (jangan campur air)
Sedikit garam
Serbuk perasa
Gula perang secukup rasa (biar seimbang rasa masam dan manis)
Cara membuat:
- Mula-mula, ikan cencaru atau siakap dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan dengan sedikit garam. Ketepikan sebentar.
- Masukkan semua bahan-bahan diatas dalam mangkuk. Gaul hingga rata.Â
- Kemudian, rasakan masam-masam manis pes ini. Tambah gula sekiranya pes terlebih masam.
- Seterusnya, sudukan pes ke dalam perut ikan secukupnya.
- Letakkan sedikit minyak ke dalam pemanggang ajaib, susunkan ikan cencaru yang telah disumbat dengan pes tadi dan bakar hingga masak.
- Siap untuk dihidangkan.Â
Nota tambahan: Pes ikan bakar ni mesti ada rasa masam-masam dan manis. Gula mesti lebih untuk seimbangkan rasa masam pes asam jawa.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos