fbpx

Resipi Kek Pisang Confirm Menjadi Dan Extra Sedap.

iCookAsia

Kek pisang antara kek yang paling mudah nak buat kan? Resipi perkongsian Lieya Callia ini merupakan resipi asal daripada Cikgu Azlina Ina, jadi tentunya kek pisang ini extra sedap kan?

 

Bahan :

4 biji Telur

2 cawan Tepung

1 cawan Gula

1 cawan Pisang – 6 biji pisang emas dilenyekkan

1 cawan Minyak

1 sk Esen vanila

1 sk Ovelette

1 sk Baking soda

1 sk Soda bikarbonat

Sedikit pewarna kuning

 

Cara :

  1. Pukul telur, esen vanila, ovelette dan gula sehingga kembang menggunakan mixer.
  2. Kemudian masukkan minyak dan pisang yang dilenyek tadi dan pukul sehingga rata.
  3. Sementara itu ayak tepung bersama baking soda dan soda bikarbonat.
  4. Matikan mixer. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan bersama sedikit pewarna kuning. Gunakan teknik kaup balik sehingga rata.
  5. Panaskan pengukus dan kukus selama 35 hingga 40 minit.

Kredit resipi & foto : Azlina Ina & Lieya Callia

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x