fbpx

Resepi Wajib Cuba, Ini Dia Cara Nak Buat Laksa Utara Dengan Mudah

iCookAsia

Teringin nak makan laksa tapi kadang-kadang dengan cara yang susah, membuatkan ramai orang beli je sebab lagi senang kan. Tapi kali ni, anda tak perlu risau dah, resipi laksa yang ni sangat mudah dan sedap.

Jom kita buat!

Terima kasih Ameera untuk perkongsian resipi Laksa Ibu ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

2kg ikan kembung

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, rebuskan ikan sehingga masak dan buang air ikan tersebut.
  2. Ambil kepala atau tulang ikan dan kisarkan semuanya.
  3. Pastikan untuk blend sehingga lumat.
  4. Kemudian, tapiskan bahan yang telah dikisar tadi dan tulang akan ditapis siap. Kalau terlalu pekat, campurkan dengan sedikit air dan tapis semula.

Bahan B (Anggaran untuk 2kg ikan):

Belacan

10 tangkai cili kering

2 biji cili merah

10 biji cili padi

4 biji bawang besar

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, blend kan kesemua bahan tersebut.
  2. Seterusnya, masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dan pastikan jangan letak minyak bertujuan untuk memastikan sambal lagi sedap. Masak sambal ini selama 5 minit.
  3. Masukkan segengga, asam keping dan letak ke dalam sambal supaya memberikan rasa yang lagi sedap.
  4. Apabila sambal dah masak, tuangkan ikan yang sudah dikisar tadi.
  5. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  6. Akhir sekali, pastikan untuk perasakan dengan garam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ameera(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x