fbpx

Idea Sarapan Terbaik Untuk Anak Anda. Pisang Caramel Dan Nutella Toast. Mesti Berkali-kali Tambah.

iCookAsia

Sekolah telah pun bermula dan dibuka. Jadi, para ibu bapa sudah mula rutin yang biasa untuk siapkan anak-anak mereka ke sekolah. Apabila sekolah di musim Pandemik ini, pasti ibu bapa risau akan makanan apa yang mereka akan makan. 

Ha, jangan risau. Disini Admin kongsikan lagi Idea Hidangan Sarapan yang ibu bapa boleh sediakan untuk anak-anak dibawa ke sekolah. Mudah sangat!

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Pisang Caramel & Nutella Toast ini 🙂

Bahan-bahan:

Roti

Pisang (dibelah dua)

Nutella

Butter

Gula

Caranya:

  1. Panaskan kuali. Letak 1 sudu mentega. Biarkan mencair.
  2. Masukkan 1 sudu gula. Kacau hingga larut.
  3. Masukkan pisang. Masak hingga keperangan. Terbalikkan. Jangan lama sangat, nanti pisang lembik. Angkat.
  4. Sapu roti dengan nutella. Letakkan pisang. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x