Resipi Kek Pisang ini pernah tular pada pertengahan tahun ini. Cara hidangan yang sangat cantik dan sedap telah menarik minat ramai orang untuk mencuba buat di rumah. Tapi pernahkah anda cuba buat dan tidak berjaya? Jangan risau, orang putih kata, “practice makes perfect” 😉
Untuk menaikkan semangat memasak anda, jom cuba resipi anti-gagal ini.
Terima kasih Auni untuk perkongsian resipi Kek Pisang Chocolate Chip ini 🙂
Sediakan 3 bekas untuk asingkan pisang lecek, bahan ayak dan bahan blend.
Bahan-bahannya:
3-4 biji pisang (lecek dan gaul dengan sedikit air perahan limau nipis)
Bahan ayak:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil double action BP
*diayak di dalam bekas yang berlainan/berasingan
Bahan untuk dikisar:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula
1 cawan minyak
4 biji telur
Cara penyediaan:
1. Gaul rata bahan yang telah dikisar dengan pisang lecek.
2. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit. Kemudian, gaul rata semua hingga sebati.
3. Bakar pada suhu 160 selama 35 hingga 40 minit atau hingga masak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: auniiiiiiiiiiiiiii (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/