fbpx

Resepi Terbaik Char Kuey Teow. Masa Goreng Pastikan Api Kuat, Baru Rasa Perfect Macam Beli Di Pasar Malam.

iCookAsia

Kalau anda tidak mahu hidangan nasi di rumah, boleh cuba masakan yang menggunakan Mee atau Bihun atau Kuey Teow. Apabila disebut Kuey Teow, ramai juga yang akan teringat pada masakan popular di pasar malam iaitu Chary Kuey Teow.

Ikut citarasa masing-masing, kalau dibuat lebih berkuah lagi best!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Char Kuey Teow ini 🙂

Bahan-bahan:

Kuey teow (cuci toskan) 

3 sudu besar pes cili kering yang dikisar*

Sos cili

Kicap manis

Bawang putih*

Taugeh dan kucai

Telur

Udang yang direbus (asingkan air)

1 labu bawang besar*

4 ulas bawang putih*

Perasa

Cara membuat:

  1. Siang Udang (kulit dibuang siap-siap supaya senang untuk dimakan nanti). Kulit dicuci dan direbus. Tapis buang kulit udang dan boleh simpan sebagai stok udang.
  2. Kisar bahan-bahan bertanda ( * ). Panaskan kuali, masukkan minyak secukupnya dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos dan kicap manis. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh guna perasa jika suka.
  4. Untuk satu hidangan, guna perencah satu sudu besar.
  5. Selepas itu, masukkan air rebusan udang dan udang. Pecahkan telur dan kacau-kacau sebatikan.
  6. Kemudian, masukkan kuey teow, taugeh dan kucai (optional)
  7. Pastikan masa menggoreng, guna api yang besar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x