Sebenarnya cukup je kalau kita masak 1 lauk saja. Jimat masa dan tenaga. Sebab tu kena try buat Siakap Kengsom Thai ni. Dengan rasa masam, manis and pedas, memang sedap la jadinya. Makan pula dengan telur dadar.
Jom try.
Terima kasih Nor Atika Nazirah untuk perkongsian resipi Siakap Kengsom Thai 🙂
Bahan- bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi hijau
Cili merah hidup
Belacan
Asam jawa
Kunyit hidup
Limau nipis
Serai
Nenas
Tomato
Daun kesum
Sayur kangkung
Garam
Serbuk perasa
Gula
Cara membuat:
- Mula-mula, kisar bawang merah,bawang putih,cili padi hijau,cili merah hidup,kunyit hidup dan sedikit belacan. Kisar kesemuanya sekali.
- Masukkan bahan yang dikisar tadi kedalam periuk, masak kesemuanya bahan kisar tadi sehingga betul2 masak.
- Kemudian boleh masukkan nenas.
- Jika nenas dah mula empuk, masukkan ikan.
- Perasakan dengan garam, gula, asam jawa, air perahan limau nipis dan serbuk perasa.
- Akhir sekali, bila ikan sudah mula empuk, boleh letakkan tomato, daun kesum dan sayur kangkung.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Atika Nazirah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos