Kalau masa PKP dulu dah buat donut sendiri, apa kata sekarang kita belajar buat Roti Bun sendiri pula. Boleh buat stok banyak-banyak kalau suka makan. Buat sendiri pun lagi fresh kan, rasa mesti lagi sedap.
Terima kasih Nor Asiah untuk perkongsian resipi Roti Bun ini 🙂
Bahan-bahan:
500g tepung roti
70g gula kastor
1 sb yis
1 sb susu tepung
1 biji kuning telur
1 sk garam
50g marjerin @ butter
10g pelembut roti
280-300g air sejuk
Cara membuat:
- Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker kecuali garam.
- Masukkan garam selepas 5 minit menguli dalam breadmaker.
- Letakkan doh saiz 75-80 g dalam ring burger saiz 4 inci.
- Bakar dalam suhu 170 selama 20 minit (bergantung pada oven masing-masing)
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Asiah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos