Nak makan spagetti tapi ada selera melayu sikit? Haa boleh try Spagetti Tomyam ni. Sekali makan mesti teringat-ingat sampai sudah. Dengan rasa creamy dan paste tomyam, memang tak akan muak bila makan.
Jom try.
Terima kasih NorFazila Zainurin untuk perkongsian resipi Spagetti Tomyam ini 🙂
Bahan- bahan:
Spagetti
Ayam
Sosej
Paste tomyam
Sos carbonara atau cheese
Garam
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis ayam dan sosej.
- Selepas itu, masukkan bawang putih dan kacau sampai perang.
- Masukkan pula sedikit paste tomyam dan sedikit sos carbonara. Kalau ada cheese, boleh letak cheese juga ganti kepada carbonara untuk lebih rasa creamy.
- Masuk sikit air rebusan spaghetti dan garam sikit .
- Apabila sudah mendidih, masukkan spaghetti yang sudah siap rebus.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: NorFazila Zainurin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos