Ada ke peminat Pucuk Ubi di sini? Anda boleh cuba resepi yang dikongsikan wanita ini, Rendang Pucuk Ubi Kayu ini. Terliur dibuatnya. Dapat makan dengan nasi panas lagi nikmat. Cara nak buat pun senang, yang penting sedap dan kenyang perut.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Puan Siti Mariyatul Chiptiyah perkongsian resipi Rendang Pucuk Ubi ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Pucuk ubi (potong halus, satu besen besar)
10 helai daun kunyit (potong halus)
6 batang serai (diketuk)
Ikan bilis halus (ikut suka nak banyak atau sikit, banyak lagi sedap)
Garam
Secukup Rasa
Santan 4 biji kelapa
Bahan B (Untuk Dikisar):
Cili api segenggam
6 biji Bawang Besar
6 ketul besar Kunyit hidup
Cara membuat:
- Mula-mula, tumiskan bahan yang sudah dikisar dalam kuali.
- Masukkan serai.
- Apabila sudah wangi, masukkan santan pula.
- Kemudian, jika santan sudah menggelegak, masukkan ikan bilis, pucuk ubi dan daun kunyit yang sudah dihiris halus tadi.
- Masukkan perasa dan garam.
- Akhir sekali, kacau sampai betul betul kering. Waktu menunggu mengambil masam 2 jam lebih juga untuk bagi kering .
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Puan Siti Mariyatul Chiptiyah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity