Musim puasa dah dekat, mesti ramai yang masukkan dalam senarai makanan apa yang boleh dimasak untuk berbuka nanti. Persiapan awal mestilah dibuat. Baru tak kalut. Boleh cuba juga Pajeri Nenas ni, makan dengan nasi panas. Memang puas hati!
Jom try.
Terima kasih Syidah Saiful untuk perkongsian resipi Pajeri Nenas ini 🙂
Bahan- bahan:
1 biji nenas (Boleh guna nenas kecil)
5 ulas bawang merah (Dihiris)
2 ulas bawang putih (Dihiris)
2 batang kulit kayu manis
2 batang bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
1 gelas santan (Kalau tak suka berkuah, tak perlu letak)
1 keping nisan atau gula melaka
1 sudu besar cili kering (Dikisar)
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis bawang dengan sedikit minyak.
- Kemudian, masukkan kulit kayu manis dan cengkih, serbuk kari, cili kering. Masak sehingga sebati.
- Seterusnya, masukkan santan dan gula melaka.
- Letak sedikit garam atau perasa. Jika sudah agak pekat, masukkan nenas yang dipotong bulat.
- Akhir sekali, masak dalam 10 minit. Agak-agak kuah dah sebati dengan nenas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Syidah Saiful(Facebook)
Nak bakar pun boleh. Meh tengok sini: https://shope.ee/8pM1KYNqT7Â
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos