fbpx

Resepi Maggi Goreng Ala Thai, Memang Terliur Habis Ni. Sedap Dan Pedas!

iCookAsia

Sesiapa yang suka makan pedas dan Maggi Goreng, memang ini adalah resepi yang tepat untuk anda. Sangat sesuai untuk makan malam sambil tengok drama. Bukan itu sahaja, tak cukup satu pinggan makan ni.

Jom kita try

Terima kasih untuk Adilah Razak perkongsian resipi Maggi Goreng ini šŸ™‚

Bahan-bahan:

Bahan A (Tumbuk):

3 biji bawang merahĀ Ā 

3 ulas bawang putih

5 biji cili padi

Bahan B (Hiris):

5 helai daun purut

3 ikat daun kucai (optional)

3 helai daun ketumbar

Bahan C:

1 bungkus maggi (dicelur)

1 biji telur ayam

1/2 kiub pati ikan bilis

1/2 biji air limau nipis

Udang atau sotong

2 sudu besar sos ikan

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar Chili flakes

1 sudu kecil Maggi cukup rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  2. Masukkan telur dan kacau seketika, angkat dan asingkan.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan kacau.
  4. Masukkan sos ikan, sos tiram, daun limau purut, kiub pati ikan bilis dan udang atau sotong.
  5. Kacau sebati dan masukkan pula jus limau nipis.
  6. Kemudian, masukkan maggi yang telah dicelur dan kacau sebati.
  7. Taburkan pula maggi cukup rasa bersama daun kucai dan telur yang telah digoreng.
  8. Kacau sebati dan biarkan seketika.
  9. Akhir sekali, masukkan pula hirisan daun ketumbar dan chili flakes.
  10. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! šŸ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Adilah Razak(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x