fbpx

Resepi Kek Butter Tradisional Guna Air Fryer Je!

iCookAsia

Sekarang ni nak buat kek, kalau takda oven pun tak menjadi masalah. Boleh guna air fryer sahaja. Nak masak masakan lain pun senang. Kali ni Min nak share cara buat kek butter yang sangat mudah ini!

Terima kasih Noor Wati Abu Bakar untuk perkongsian resipi Kek Butter Tradisional ini 🙂

Bahan-bahan:

½ cawan gula kastor (nak manis lagi boleh tambahkan gula)

125g butter

1 ½ cawan tepung naik sendiri

½ cawan susu segar

1 sk baking powder

3 biji telur gred A

1 sk esen vanilla

Cara memasak:

  1. Pukul gula dengan butter sampai sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  3. Tuangkan susu, esen vanila dan baking powder. Mix dengan kelajuan sederhana. 
  4. Untuk buat marble choc, ambil 1 senduk adunan dan campur dengan serbuk koko. Kacau sebati dan layerkan dengan adunan tadi. 
  5. Bakar dengan suhu 160 selama 40 minit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noor Wati Abu Bakar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x