Best nya dapat makan nasi ambeng yang dekat kedai tu hmm lama betul kan takmakan selalu busy jee😌 Apa kata weekend ni boleh try nasi ambeng ayam ungkep ni kat rumah. Boleh makan puas-puas dengan family😍😍
Jom tengok resepi ni min nak share!
Bahan-bahan:
4 cwn beras, dicuci sehingga air basuhan jernih dan ditus
41⁄2 cwn air
Didihkan nasi dalam periuk elektrik sehingga masak.
Bahan-bahan Ayam ungkep:
1 ekor ayam, potong mengikut saiz yang disukai, dicuci dengan perahan limau dan ditus
1 cwn minyak masak
Bahan untuk menumis:
3 cm kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 butir pelaga
2 kuntum bunga lawang
Bahan-bahan yang dikisar:
20 ulas bawang merah, dikupas dan dicincang
10 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang
3 cm halia, dikupas dan dicincang
2 cm lengkuas, dikupas dan dicincang
8 biji buah keras, dicincang
4 btg serai, dititik
4 cwn santan
4–5 sdm rempah kari daging
1–2 kpg asam gelugur, dibilas
1⁄2 cwn air
3 sdm kicap pekat manis
2 sdm gula Melaka disagat
garam secukup rasa
6 kpg daun limau purut
4 kpg daun salam
2 sdm pes kerisik
1 helai daun kunyit, diracik kasar
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah, bahan yang dikisar dan serai. Goreng sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan ayam dan goreng sehingga ayam mengecut sedikit dan masukkan bahan-bahan lain kecuali pes kerisik dan daun kunyit.
3. Rebus ayam perlahan-lahan menggunakan api yang kecil dan kacau selalu. Apabila ayam hampir masak, masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak hingga pecah minyak, ayam empuk dan disaluti dengan kuah.
Selamat mencuba!
#iCookAsia #nasiambeng #nasiambengayamungkep #ayamungkep
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.com or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/