fbpx

Resepi Kari Kepala Ikan Tanpa Menggunakan Santan. Masih Sedap Dan Menyelerakan!

iCookAsia

Siapa di sini peminat Kari Kepala Ikan? Makan dengan nasi panas-panas memang terasa nikmatnya. Apatah lagi, ada sambal belacan sekali. Tapi kali ini anda boleh cuba resepi ini dengan tidak perlu menggunakan santan pun.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nor Khomariah Norrohman perkongsian resipi Kari Kepala Ikan ini 🙂

Bahan-bahan:

Kepala ikan merah atau ikan apa sahaja terpulang (bersih dengan air asam jawa )

2 biji bawang besar (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

1 inci halia (dihiris)

2 tangkai daun kari

3 sudu makan serbuk kari ikan (Boleh guna rempah kari cap o, dibancuhkan dengan sedikit air jadikan pes)

Garam dan sedikit gula

1 sudu besar halba campur

Semangkuk kecil air asam jawa

Terung bulat (potong empat)

tomato (dibelah empat)

Cili padi

Bendi

Minyak untuk menumis

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak. Pastikan harus betul-betul pecah minyak tau.
  3. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
  4. Kemudian masukkan terung, biar terung lembut seterusnya masukkan air asam jawa,  garam dan gula.
  5. Kepekatan kuah bergantung pada diri sendiri,  kalau nak cair tambahkan sedikit lagi air,  apabila sudah mendidih masukkan ikan. Jangan kacau, biarkan sahaja.
  6. Apabila ikan sudah hampir masak masukkan bendi dan tomato.
  7. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Khomariah Norrohman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x