Siapa suka makan Honey Butter Biscuits dekat Texas Chicken? Lembut di dalam, rangup di luar. Dengan rasa manis madu, makan pula bila baru keluar oven panas-panas kan. Jom cuba!
Terima kasih Nasrah Zamzam untuk perkongsian resipi Honey Butter Biscuits ini 🙂
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
(Ayak bersama)
1 sudu makan rata gula
57g pure butter sejuk (penting untuk dapatkan bau wangi)
Gaul kan semua ni guna tgn je.
70 g / ml susu full cream atau segar
1 sudu teh cuka mkn atau lemon
1 1/2 sudu maduÂ
1 sudu butter
Cara memasak:
- Ayak bersama tepung gandum dan baking powder.
- Uli tepung, gula dan butter.
- Kacau susu dengan lemon/cuka untuk dijadikan buttermilk.
- Gaulkan semua dan bulatkan. Bakar pada suhu 180c selama 15 min.
- Keluarkan dan sapu dgn campuran 1 1/2 sudu madu dan 1 sudu butter. Sambung bakar dalam 3 ke 5 min.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nasrah Zamzam
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos