fbpx

Selalu Try Kari Ayam, Meh Cuba Kari Telur Pula. Sedap Juga Tau!

iCookAsia

Bosan asyik makan menu sama tapi suka betul dengan masakan kari. Ala tak perlu risau, cuba buat resepi perkongsian daripada seorang wanita di Facebook ini, Kari Telur. Nampak je simple tapi sekali rasa, memang padu.

Jom try.

Terima kasih Haslinda Hashim untuk perkongsian resipi Kari Telur ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

5 biji telur (rebus dan buang kulit)

Kentang 2 biji (potong ikut style sendiri)

Bahan kisar:

1 biji bawang besar 

4 ulas bawang putih 

Bahan tumis: 

4 ulas bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

Sedikit halba campur (Optional)

Daun kari 

5 sudu besar rempah Kari Ikan atau babasandu 

Bahan:

1 sudu kecil pes asam jawa

Sedikit santan 

Air secukupnya (ikut citarasa nak pekat mana) 

Garam & perasa (jika suka)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak.
  2. Kemudian, tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur.
  3. Masukkan bawang yang dikisar serta goreng hingga garing.
  4. Masukkan pula rempah yang dicampur dengan  sedikit air tumis hingga pecah minyak 
  5. Jika sudah pecah minyak elok, masukkan air.
  6. Seterusnya, jika kuah sudah mendidih masukkan kentang dan telur (lagi lama telur dalam kari, lagi bagus).
  7. Masak sehingga kentang empuk atau lembut.
  8. Akhir sekali, masukkan asam jawa, sedikit santan, garam dan serbuk perasa (jika suka) Boleh guna 1/2 kiub ayam maggi sahaja.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Haslinda Hashim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x