fbpx

Resepi Ayam Meraung Dan Sos Untuk Dicicah Yang Boleh Buat Korang Meraung Juga Sebab Sedap Sangat!

iCookAsia

Dalam banyak-banyak resipi ayam goreng, dengan cara ayam yang diperap lah paling sedap. Rasa yang cukup dan membuat kan ayam itu ‘juicy’. Kalau tengah lapar dan dapat pula hidangan Ayam Goreng dengan Sos cicah yang cukup rasa, mesti kenyang sampai ke malam!

Terima kasih Sarina Seman untuk perkongsian resipi Ayam Meraung ini 🙂

Bahan Perapan Daging/Ayam (perap 3 jam):
Daging (biar ada lemak sikit)/ Ayam – Akar ketumbar
Bawang putih
Gula perang
Sos ikan
Kicap pekat
Lada sulah/hitam
Minyak

Cara Membuat:
1. Blend semua bahan dan lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
2. Kakak perap dan simpan di chiller. Kemudian, keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
3. Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.

Bahan sos:
Sos ikan
Air asam jawa
Perahan limau nipis
Gula kabung/nisan Thai
Serbuk cili kasar
Beras goreng
Daun ketumbar (cincang)
Akar ketumbar (cincang)
Cili padi (cincang)
Bawang merah (cincang)
Bawang putih (cincang)

Cara penyediaan:
Bancuh semua bahan dan perasakan.

Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sarina Seman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x