fbpx

Resepi Ayam Butter Nestum, Memang Confirm Sedap Dan Mudah Je Tau!

iCookAsia

Mesti rindu kan nak dine-in di restoran? Tapi keadaan sekarang tidak mengizinkan kita semua untuk menikmati makanan di mana-mana kedai. Kali ni, Admin nak share satu resipi yang sangat mudah and menjadi favourite ramai orang ni. Bukan itu sahaja tau, resepi ni pernah viral dulu. Betul lah, memang sedap ni.

Jom cuba!

Terima kasih Shamil Salleh untuk perkongsian resipi Ayam Butter Nestum ini 🙂

Bahan-Bahan:

Ayam (Bahagian isi dan dipotong kecil)

Butter

Nestum

Bawang putih

Cabai melaka (cili padi)

Daun kari

Tepung bestari (Untuk salut ayam)

Minyak untuk goreng ayam

(Bahan semua agak-agak sahaja, tiada sukatan yang betul)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, gaul ayam bersama tepung bestari dan goreng dengan minyak panas sampai masak. Apabila dah siap ketepikan terlebih dahulu.
  2. Cairkan butter dan masukkan bawang putih, daun kari dan cili padi.
  3. Seterusnya, apabila dah naik bau, masukkan ayam yang kita goreng tadi.
  4. Akhir sekali, masukkan nestum. Perasakan dengan sedikit gula dan garam. Gaul sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shamil Salleh(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x