Nasi Lemak adalah antara makanan yang paling digemari di Malaysia. Pada asalnya nasi lemak dimakan hanya pada waktu sarapan pagi. Kini hidangan ini dimakan di hampir setiap masa – tengah hari, petang dan malam.
Ikuti resepi ini untuk belajar cara membuat nasi lemak klasik di dapur anda sendiri.
Bahan untuk nasi lemak:
2 cawan beras.
3 biji bawang besar dihiris
2 inci halia
1 cawan santan pekat
Daun pandan
Garam.
1 cawan air
Bahan untuk sambal pula:
3 biji bawang besar dihiris.
2 ulas bawang putih.
4 sudu besar pes cili.
2 sudu besar air asam jawa.
2 biji bawang besar.
Garam secukupnya.
Gula secukupnya.
Minyak secukupnya.
Bahan-bahan lain yang diperlukan:
1 mangkuk kacang tanah.
1 mangkuk ikan bilis.
3 biji telur.
Cara membuat:
1. Untuk menyediakan nasi lemak, mula-mula masukkan beras, bawang besar, halia, daun pandan, santan, air dan garam ke dalam periuk. Kacau rata. Sukatan air dan santan hendaklah sama banyak dengan beras. Masak lebih kurang 20 minit atau sehingga nasi masak.
2. Untuk menyediakan sambal, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pes cili dan tumis lagi sehingga garing.
3. Setelah itu, masukkan air asam jawa, gula, garam dan bawang yang telah dihiris. Masak sehingga bawang layu.
4. Selepas itu, gorengkan ikan bilis dan kacang tanah sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
5. Akhir sekali, rebus telur sehingga masak dan nasi lemak sedia untuk hidang bersama telur rebus, kacang tanah, ikan bilis goreng dan sambal tumis. Tambahkan timun jika mahu.
Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.my/