fbpx

Nasi Goreng Belgium

iCookAsia

Serikan hari anda dengan resepi istimewa Nasi Goreng Belgium ini. Kami jamin ini adalah pertama kali anda bakal mencuba resepi unik ini.

Resepi penuh:

Bahan-bahan

1 cawan nasi
2 sudu besar minyak masak saji
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
75 gram bawang holland (dihiris nipis)
50 gram bawang perai (leeks)
50 gram saderi
150ml cream
1 sudu teh serbuk paprika
3 biji hirisan cili padi
1 ketul dada ayam (dipotong dadu)
Sedikit Garam dan lada sulah
1 biji telur
1 batang pasli (di hiris halus)

Cara penyediaan:
1. Gaulkan ayam dengan paprika. Panaskan minyak kemudian goreng ayam sebentar dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang holland, separuh bawang putih, saderi dan bawang perai sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan ayam goreng, hirisan cili padi, daun pasli dan kacau sebentar.
4. Masukkan krim masakan, sedikit garam dan lada sulah. Kacau sebentar dan ketepikan.
5. Panaskan minyak, tumis bawang putih kemudian masukan telur, sayur campur dan campuran ayam. Kacau sebentar dan masukkan nasi. Kacau rapi.
6. Sedia untuk dihidangkan!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x