fbpx

Modal Dah Keluar, Kedai Dah Buka, Tapi Pelanggan Tak Datang. Abang Burger Jangan Shiok Sendiri!

Waktu viral dulu, tak cukup tangan melayan pelanggan yang datang. Sampai ada hari, terpaksa tutup gerai awal dek kerana semuanya ‘sold out’. Jualan sehari? Paling kurang 300 biji burger. Fuhhh, dalam hati terbayang kalaulah setiap bulan begini…hujung tahun boleh beli rumah cash!

Namun entah di mana silapnya, selang beberapa bulan, pelanggan makin berkurangan. Nak jual 50 biji burger sehari pun susah. Aduh…kusut kepala. “Takkan beli sekali je kot?” – Kata Abang Burger dalam hati.

Pasti ramai Abang Burger yang berhadapan dengan situasi di atas, betul tak? Nak viral senang sahaja, namun untuk kekalkan pelanggan setia bukanlah satu tugas yang mudah. Jika pelanggan merasakan burger kita tidak kena dengan tekak mereka, kenapa perlu datang lagi?

Berniaga burger nampak mudah, goreng-goreng dah siap. Inilah kesilapan pertama Abang Burger kerana merasakan burger hanya sebiji burger. Tidak lebih tidak kurang.

Abang Burger tolong jangan shiok sendiri! Untuk pastikan perniagaan sukses, cipta satu ‘killer’ menu yang membuatkan pelanggan ketagih nak makan setiap hari. Itulah uniknya burger kita walau ramai gerai pesaing berdekatan.

Bukan sahaja dari segi rasa, bagaimana burger dihidangkan kepada pelanggan juga memainkan peranan yang penting. Harus diingat, zaman milenial ini segalanya adalah media sosial. Jadikan burger anda sebahagian dari lifestyle dan komuniti jalan-jalan cari makan. ‘Killer menu’ dan lifestyle, bergabung meletop!

Kuasa pelanggan jangan dibuat main. Testimoni mereka cukup kuat untuk menarik pelanggan baru sekaligus menambah senarai ‘raving fan’ ataupun dengan mudah menjatuhkan bisnes dengan hanya satu komen ‘tak sedap’ yang dihebahkan kepada kawan-kawan.

Nak menghasilkan burger yang sedap, berkualiti, bukan setakat mengenyangkan tetapi keunikannya wajib menghantui pelanggan. Tak makan sehari, macam orang mengidam dibuatnya. Tapi macam mana?

Shhhh…ini rahsia kita berdua. AJI-SHIO® bermurah hati dedahkan rahsia turun temurun burger tersedap abad ini. Bukan pada roti, namun pada rasa premium patty.  Tak perlu ribuan ringgit, hanya dengan sedikit sentuhan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa mampu memberikan magis pada burger anda.

Wajib kuasai Teknik Goreng, Teknik Ketuk Lubang dan Teknik Merempah sebelum layak jadi Abang Burger Legend. Nampak senang sahaja Abang Burger ketuk ketuk kuali, tekan-tekan burger dan siap. Namun semua itu ada skil dan teknik.

  1.   Teknik Goreng

Nyahbeku dahulu patty burger dan letakkan di atas pan dengan menggunakan api perlahan atau sederhana. Jangan gunakan api yang kuat kerana patty akan kering dan hangus di bahagian luar. Hanya sapukan marjerin nipis dan biarkan jus daging keluar dengan sendiri. Tak perlu tekan dengan kerap kerana ia hanya menyebabkan patty kering dan keras.

  1.   Teknik Ketuk Lubang

Patty diketuk dengan membuat beberapa garisan atau lubang bagi membantu daging masak sekata  dan sekaligus membantu rempah meresap dalam daging. Teknik ini penting bagi memberikan aroma dalam setiap gigitan.

  1.   Teknik Merempah

Setelah membuat Teknik ketuk lubang, rempahkan patty dan tekan patty sedikit bagi membuang minyak berlebihan. Jangan terlebih tekan kerana daging akan kering dan tak juicy. Perasakan dengan rempah ratus rahsia anda.

Bab bahan rahsia dan teknik telah selesai. Terbongkar! Tapi resipi pula menjadi penghalang. Ribuan resipi di internet tetapi mana satu yang betul-betul sedap? Kalau nak terus bereksperimen, risau juga modal untuk bahan mentah melambung tinggi dan terbazir begitu sahaja. Justeru bagaimana?

Ayuh cuba resipi terhebat ini yang memberi fokus kepada cara membuat homemade patty yang cukup enak dan ‘juicy’. Ia sesuai untuk peniaga kecil yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan ini dan ingin menambah nilai burger ke tahap yang lebih tinggi.

RESIPI BURGER DENGAN BAWANG KARAMEL 

Bahan :

Minyak masak – Secukupnya 

1 keping  Burger ayam/burger daging lembu

6 taburan AJI-SHIO® Lada Berperisa

10 g Marjerin

1 biji Roti burger, dibelah 2 dan disapu marjerin

 Mayonis Secukupnya

1 helai Daun selada (atau kubis dihiris nipis – pilihan)

2 taburan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa

Bahan: Bawang Karamel (cadangan hidangan – 4 orang)

100 g Mentega tanpa garam

400 g Bawang kuning, dihiris

200 g Bawang besar, dihiris

2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa

4 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa

Cara : Bawang Karamel

  1. Cairkan mentega di dalam kuali, goreng bawang kuning dan bawang besar sehingga keperangan. 
  2. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
  3. Bahagikan kepada 4 untuk 4 set burger.

Cara :

  1. Panaskan minyak masak. Panggang burger dengan api sederhana sehingga masak sepenuhnya. Tabur AJI-SHIO® Lada Berperisa 3 kali pada kedua belah burger semasa memasak.
  2. Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah.
  3. Pada roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, burger ayam/daging, bawang karamel kemudian paipkan mayonis dan 1 taburan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Letakkan roti burger bahagian atas.

Tips :

Simpan bawang karamel dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Bawang karamel boleh bertahan sehingga 5 hari.

Jangan lupa masukkan juga Burger Jem Bawang dalam menu anda. Jem yang manis dan penuh berperisa yang mengandungi adunan bawang lembut, sedikit rasa pedas daripada AJI-SHIO(R) Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa dan rasa yang kaya dengan kemanisan bawang dan cuka.

Anda tidak akan ketandusan idea untuk seleksi burger pilihan. Klik sahaja https://www.ajinomotofoodbizpartner.com.my/recipe-biz/burger/#recipe dan pilih menu yang sesuai untuk ditawarkan kepada pelanggan.

Nampak mudah sahaja kan. Pilihan di tangan anda, nak cuba praktikkan atau biarkan sahaja resepi ini berlalu. Mudah-mudahan bermanfaat untuk perniagaan burger.

Kami ada berita baik buat anda. AJI-SHIO® sedang mengadakan kempen Aji-Shio Burger Pasti Shiok! Bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini, anda dapat tebus hadiah melalui pembelian AJI-SHIO®  serendah RM15 sahaja! Ayuh dapatkan sekarang di kedai atau pasaraya berhampiran. Klik link ini. 

https://www.ajinomotofoodbizpartner.com.my/biz-buzz/ajishio-burger/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x