Tengah fikir nak masak apa untuk lunch atau dinner? Tak perlu susah pun, buat sahaja hidangan Sotong Goreng Tepung ini pun sudah cukup memadai. Sangat mudah dan paling penting, memang sedap tau.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Faz Linda Tajuddin perkongsian resipi Sotong Goreng Tepung ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Tepung Bestari (letak lebih dari tepung lain)
Tepung jagung
Tepung beras
Sedikit garam
1 sudu serbuk kari
Gaul sebati kesemua bahan di atas
Bahan B:
1 biji telur ayam atau lebih (bergantung pada banyak mana sotong nak dibuat)
1 atau 2 sudu cili kisar (ikut kepedasan)
1 sudu kecil serbuk perasa Maggi (Optional, boleh diganti dengan sedikit garam)
Ambil 3 atau 4 sudu tepung yang digaul tadi (Bahan A), kacau rata semua bahan B
Cara membuat:
- Mula-mula, ambil sotong dan celupkan ke dalam bahan B.
- Kemudian, letakkan sotong yang dicelup tadi ke dalam bahan A dan gaulkan sotong dalam tepung sehingga bersalut cantik. Boleh digorengkan.
- Pastikan minyak banyak dan panas, baru cantik kejadiaan sotong ini.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Faz Linda Tajuddin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity