fbpx

Kerabu Yum Mama, Makan Sampai Tak Ingat Orang Belakang

iCookAsia

Tahukah anda apa itu kerabu? Hari ini kita belajar makna Kerabu, ia merupakan makanan yang dibuat daripada hirisan mentimun atau sayur-sayuran yang dicelur serta diletakkan kelapa parut, garam, lada dan lain-lain. Dalam erti kata lain, ia tidak perlu dimasak. Hanya celur dan campurkan semuanya.

Kerabu Yum Mama menggunakan SAJI Mi Goreng Asli yang pastinya lebih enak dan lebih kenyal apabila dijadikan hidangan petang. Slurpppp, sedapnya. Sudah terbayang setiap kunyahan, sempurna dengan kerangupan sayuran, keenakan hidangan laut dan kepedasan daripada hirisan lada.

Bahan:
2 paket SAJI Mi Goreng Asli
150g sotong – dipotong
150g udang
150g crab stick
2 sudu besar pes cili Thai
2 bijil limau nipis – jus sahaja
1 biji bawang merah – dipotong nipis
5 biji cili padi – dipotong
2 biji tomato – dipotong
Gula melaka – dicairkan
Sos Ikan
Daun ketumbar – dicincang
Daun bawang – dicincang

Cara:
1. Rebus dan tapiskan SAJI Mi, sotong, udang dan crab stick secara berasingan.
2. Gaulkan mi dengan perasa SAJI Mi.
3. Di dalam mangkuk yang besar, gaulkan sos cili Thai, cili padi, gula melaka, sos ikan dan jus limau hingga sebati.
4. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sebati
5. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang.
6. Sedia untuk dihidangkan.

 

Jom beli barang dapur di – https://shop.icookasia.my/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x