fbpx

Kek Kukus Warna Warni. Ini Antara Resepi Yang Paling Mudah, Sedap dan Yang Penting Ianya Anti-Gagal.

iCookAsia

Kek kukus sudah menjadi kepakaran ramai orang disebabkan teknik mengukus ini dikatakan teknik yang sangat mudah dan tak perlu risau kek hangus. Juga, teknik mengukus ini membuatkan kek menjadi lagi lembut. Untuk resepi kali ini, Kek Kukus dijadikan warna warni untuk kelihatan lebih menyelerakan dan menarik. 

Terima kasih Zana Ann untuk perkongsian resipi Kek Kukus Warna Warni ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan gula

5 biji telur 

1 sudu kecil esen vanilla

1 cawan minyak

2 cawan tepung jenama Blue Key

Cara membuat:

  1. Kisar atau pukul gula dan telur hingga kembang. 
  2. Kemudian, masukkan esen vanilla dan minyak.
  3. Seterusnya, masukkan tepung. Gaul hingga sebati. 
  4. Kukus selama ½ jam atau 45 minit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zana Ann (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x