Kari ikan yang dimasak tanpa menggunakan santan akan menghasilkan rasa dan aroma yang lebih kaw ala kari mamak. Malah kuah yang pekat ini cukup sesuai kalau dicicah dengan roti.
Malah disarankan juga untuk menumis serbuk kari sehingga garing bagi menghilangkan bau mentah dan supaya rempah benar-benar masak dan hasilnya, kari sangat sedap dengan tumisan yang sempurna.
Bahan kisar :
5 labu Bawang merah
3 ulas Bawang putih
2 labu Bawang besar
Bahan :
Ikan jenahak
3 sb Rempah kari
3 labu Bawang merah – hiris
2 ulas Bawang putih – hiris
Halba campur
1 biji Tomato – potong 4
4 batang Bendi
2 biji Cili hijau / merah
Air asam jawa
Daun bawang
2 tangkai Daun kari
Garam
Cara :
- Tumis bawang yang telah dihiris bersama halba campurdan daun kari sehingga naik bau dan wangi.
- Kemudian tumisbahan yang telah dikisar. Kemudian masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawadan masak sehingga mendidih.
- Masukkan ikan, tomato dan bendi. Akhir sekali perasakan dengan garam
Kredit resipi & foto : Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/