Biasa makan Sambal Udang kan, boleh cuba resepi Udang Harlok ini pula. Cara nak buat pun simple dan senang sahaja. Yang penting, mesti kenyang makan dengan rasa yang sedap dan lain daripada yang lain.
Jom try.
Terima kasih Nohani Derahman untuk perkongsian resipi Udang Harlok ini 🙂
Bahan- bahan:
1 kg udang hidup
10 ulas bawang merah kecil (dicincang halus)
7 ulas bawang putih (cincang halus)
1 inci halia (cincang halus)
7 biji cili api (dicincang halus)
7 biji cili merah (dikisar)
4 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
4 sudu sos tiram
2 biji telur
Minyak
Garam, gula, ajinomoto mengikut keperluan masing-masing
Cara membuat:
- Mula-mula, goreng udang hingga layu. Angkat.
- Kemudian, tumis kedua bawang dan halia hingga kekuningan dan sedikit garing.
- Masukkan cili api dan cili kisar tadi. Kacau dan masukkan sos cili, tomato dan sos tiram, kacau sekejap dan boleh masukkan garam,gula dan aji (jika suka).
- Jika sudah sebati, masukkan udang dan daun kucai.
- Kacau dan balikkan.
- Akhir sekali, tutup api, pecahkan telur dan kacau laju-laju untuk sebatikan dengan udang tadi. Semasa masukkan udang api kena besarkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nohani Derahman(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos