Menjadi seorang Ibu ini perlu kreatif. Kenapa kreatif? Sebab kena fikir nak masak apa untuk anak-anak tanpa mereka rasa jemu. Kalau hari hari sarapan nasi, mereka juga boleh bosan. Jadi apa kata anda semua ikut resipi dibawah ini iaitu Wafer. Ala-ala western tapi mengenyangkan.
Terima kasih Norazah Ab Rajak untuk perkongsian resipi Wafer ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1½ cawan air
½ cawan susu segar
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
3 sudu besar gula
Sedikit garam
Cara membuat:
- Kacau semua bahan sehingga sebati pastikan tidak berketul.
- Panaskan acuan letak adunan secukupnya. Biar hingga masak.
*Boleh di makan dengan jem sekaya, sos coklat dan lain-lain mengikut kesukaan masing-masing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norazah Ab Rajak (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/