fbpx

Jom Buat Sambal Udang Pula, Menu Yang Sentiasa Menjadi Kegemaran Ramai

iCookAsia

Memang puas hati dapat makan menu ini, dah menjadi kegemaran ramai orang. Makan pula dengan nasi panas. Memang sangat nikmat dan puas hati tau. Nak buat pun mudah sahaja.

Jom try.

Terima kasih Azie Kitchen untuk perkongsian resipi Sambal Udang ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

260 g udang 

1 sudu besar asam jawa

1 sudu besar garam

2 sudu besar gula

1 biji bawang besar Holland (hiris)

3-4 sudu besar cili kering kisar

Bahan B (Ditumbuk):

6 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

1 inci halia

Belacan bakar

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak yang banyak. 
  2. Kemudian, masukkan semua sekali iaitu bahan tumbuk, cili kisar, air asam jawa dan air. Kacau rata dan biarkan sehingga terbit minyak. 
  3. Setelah air kering, masukkan air panas lagi sedikit demi sedikit sehingga terbit minyak.
  4. Setelah terbit minyak dan sambal pun kelihatan masak, masukkan udang, garam dan gula. 
  5. Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan kacau sehingga bawang layu. Boleh ceduk keluar, minyak yang berlebihan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azie Kitchen(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x