Bahan-bahan
– 2 keping roti burger
– 400g daging cincang
– 1 biji telur
– 1/2 sudu besar serbuk cili
– 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
– 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
– Marjerin
– Salad
– Bawang besar
– Tomato
– Timun
– 4 keping keju
– Sos cili
– Sos tomato
– Sos lada hitam
Cara Membuat
1. Mula-mula belah tengah roti burger dan sapukan sedikit marjerin. Selepas itu bakar sebentar
2. Kemudian, campurkan daging bersama serbuk jintan putih, serbuk lada hitam, serbuk cili, kacau rata
3. Pecahkan telur dan kacau sebati
4. Ambil doh daging dan bentukkan daging menjadi bulat
5. Cairkan marjerin di atas pan dan masakkan daging
6. Bakar daging sehingga masak
7. Kemudian, susunkan roti, salad, tomato, daging, bawang, timun ,keju, sos cili, sos tomato dan sos lada hitam.
8. Dan Siap! Selamat Mencuba!
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.my or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: https://icookasia.my
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/