fbpx

Ini Rupanya Kalau Tukar Cendol Biasa Jadi Puding. Makan Sejuk-Sejuk Baru Sedap. Nyaman Je…

iCookAsia

Kebiasaanya, cendol dimakan cara ais kisar atau ABC style. Tetapi, sudah banyak dijumpai apabila diinovasikan makanan contohnya, cendol dijadikan Aiskrim. Tidak terlepas juga untuk perkongsian resepi hari ini iaitu Puding Cendol. Menarik kan? Makan sejuk-sejuk ini mesti sedap!

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Puding Cendol ini 🙂

Bahan-bahan:

(Bahan A)

10g agar-agar tali

2 1/2 cawan air

1/2 cawan gula

1 cawan santan pekat

1 helai daun pandan

Secubit garam

500g cendol

Cara penyediaan:

  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar
  2. Masuk gula dan daun pandan. Kacau hingga sebati.
  3. Masuk santan. Kemudian secubit garam. Kacau-kacau hingga rata. Biar mendidih seketika dan tutup api.
  4. Boleh campur cendol. Kacau secara perlahan-lahan. 
  5. Tuang separuh dalam loyang 8×8
  6. Biarkan sederhana beku

(Bahan B)

10 g agar-agar tali

3 1/2 cawan air 

2 helai daun pandan

1/2 cawan gula merah

1/2 cawan gula putih – boleh kurangkan

Secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Seperti biasa. Masak puding dengan air sampai mendidih.
  2. Masuk daun pandan.
  3. Kemudian gula merah, gula putih dan secubit garam 
  4. Masak kacau-kacau bagi larut gula dan seterusnya, tapiskan.
  5. Tuang perlahan-lahan atas puding tadi sampai habis. Biarkan sederhana beku.
  6. Baki puding yang cendol tadi. Panaskan semula atas api yang perlahan sampai cair.
  7. Tuang atas puding yang gula merah tadi.
  8. Dah beku, masuk dalam peti sejuk dan sejukkan.
  9. Boleh potong ikut suka. Ia sedap dimakan sejuk-sejuk.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/ 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x